by klasikko in
Premier League

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilaporkan telah membeli kelab baharu memandangkan beliau terpaksa melepaskan jawatannya di Stamford Bridge.

Segala aset Oligarki Rusia itu telah dibekukan oleh kerajaan United Kingdom dan dijangka pemilik baharu akan mengambil alih The Blues dalam masa terdekat.

Abramovich kini bersedia untuk memulakan projek baharu di tempat lain, dengan wartawan bernama Ragip Soylu mendakwa media Turki mengaitkannya dengan pembelian Goztepe FC.

Perjanjian itu juga dijangka akan diumumkan pada hari Jumaat nanti.

Abramovich telah mengecapi beberapa kejayaan sejak membeli Chelsea pada 2003.

Gergasi London barat itu telah menarik beberapa pemain terbaik di dunia hasil daripada pelaburan besar yang dibuatnya dalam pasukan.

Segala wangnya itu membawa mereka kepada kejuaraan Premier League dan Liga Juara-Juara.

Menarik untuk kita saksikan sama ada Abramovich boleh membawa revolusi buat Goztepe ke tahap yang lebih tinggi apabila pengambilalihan itu berjaya nanti.

Share Post:

Related Posts