by klasikko in
Premier League

Berita bahawa Roberto Firmino akan meninggalkan Liverpool pada penghujung kempen Premier League 2022/23 mungkin akan disambut dengan sedikit kesedihan di Merseyside.

Pemain Brazil itu telah menjadi sebahagian daripada revolusi The Reds di bawah Jurgen Klopp.

Seperti kehidupan, dalam bola sepak perkara yang baik mesti ada pengakhirannya.

Dengan Sadio Mane yang telah lama pergi, keputusan Firmino untuk meninggalkan pasukan Anfield bermakna hanya Mo Salah yang kekal dari trio serangan Liverpool yang luar biasa.

Trio yang menjaringkan serta membantu dalam 399 gol daripada 611 gol The Reds antara tahun 2017 dan 2022.

Bagaimanapun, ada sesuatu yang tidak kena di bawah kendalian Klopp musim ini.

Firmino adalah salah seorang pemain yang menyaksikan minit permainan di atas padang semakin berkurangan.

Pada usia 31 tahun, pemain itu menghampiri senja kerjayanya dan masih perlu bermain secara konsisten.

Mungkin dengan pemikiran itu bahawa dia membuat keputusan untuk pergi selepas mengetahui rancangan Klopp untuknya musim depan.

Menurut 90min, telah dijelaskan semasa rundingan dengan Firmino bahawa dia sekali lagi tidak akan mendapat masa permainan seperti yang dijangkakan.

Secara teorinya, dia baru sahaja menandatangani perjanjian baru dan masih mampu beraksi.

Hakikatnya, dia nampaknya perlu pasrah serta akur untuk berhijrah keluar dari Merseyside.

Share Post:

Related Posts