by klasikko in
UEFA Champions League

Rio Ferdinand telah menjelaskan satu isu penting dalam skuad Chelsea yang gagal diselesaikan oleh lembaga pengarah pada jendela perpindahan Januari.

Walaupun membelanjakan sebanyak £323 juta bulan lalu, bekas bintang Manchester United itu percaya The Blues gagal membuat satu pembelian penting iaitu seorang penyerang tulen.

Pasukan Graham Potter mengecapi kekalahan sekali lagi apabila bertandang ke Jerman untuk menentang Borussia Dortmund pada perlawanan pertama Pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Selepas kekalahan 1-0, pengurus itu kini hanya melakarkan dua kemenangan dalam 13 perlawanan.

Sepanjang 90 minit, pasukan pelawat mencipta beberapa peluang merbahaya tetapi tidak dapat mencari gol daripadanya.

Rekrut baharu, Joao Felix dan Mykhaylo Mudryk memulakan permainan, tetapi kedua-duanya tidak cukup klinikal untuk mencatatkan nama mereka dalam senarai penjaring.

Walaupun bakat itu terserlah pada penyerang muda, sayangnya mereka bukanlah seorang pemain bernombor 9 sejati.

Ferdinand menangani isu itu bersama BT Sport, berkata: “Chelsea membelanjakan semua wang ini dan tidak mendapat nombor sembilan dalam pasukan, itu adalah masalah.”

Share Post:

Related Posts