by klasikko in
Premier League

Legenda Manchester United, Rio Ferdinand menyeru supaya tidak menghebohkan persembahan pemain muda Arsenal, William Saliba musim ini.

Pemain muda Perancis yang mendapat penilaian tinggi itu akhirnya diberi kepercayaan membarisi pasukan utama Arsenal selepas beberapa tempoh pinjaman di luar Stadium Emirates.

Dia juga benar-benar menarik perhatian semasa berada di Ligue 1 bersama Marseille musim lalu.

Saliba tenggelam ketika kekalahan 3-1 di tangan Man Utd pada hujung minggu.

Sementara itu, Ferdinand percaya ada lagi pemain pertahanan yang lebih baik pada usia 21 tahun daripada Saliba.

Bercakap dalam saluran YouTube, Ferdinand menggesa peminat Arsenal supaya tidak terlalu menekan Saliba kerana dia belum bersedia untuk itu meskipun dia mampu menjadi pemain terbaik.

“Dia gagal mengekang Rashford. Mereka tidak perlu menekan Saliba, dia hanya beraksi lima perlawanan, biarkan dia bermain,” kata Ferdinand.

“Kita perhatikan Saliba tetapi dia mungkin berada di bilik persalinan memikirkan punca dirinya bolos 2 atau 3 gol.

“Sesetengah orang mungkin kata tiga, saya mengatakan dua. Cap jarinya berada pada dua daripada gol dan dia hampa dengan mengutip 0 mata daripada perlawanan.

“Dia bermain perangkap ofsaid. Pengurus tidak menyuruhnya berbuat demikian. Mereka tidak bermain perangkap ofsaid pada bila-bila masa lain dalam permainan itu.

“Dia berada di separuh garisan memikirkan dia orang terakhir untuk bermain perangkap ofsaid apabila Ben White bermain di sebelahnya.”

Ferdinand menambah: “Saya sebenarnya fikir Saliba mempunyai peluang yang sangat baik untuk menjadi pemain yang sangat bagus. Dia cuma perlukan masa.

“Semua tekanan yang diberikan kepadanya, saya rasa dia tidak memerlukannya. Dia dipinjamkan musim lalu.

“Ujian besar pertamanya adalah di Old Trafford dalam satu perlawanan penting.

“Sebagai bek tengah, ktia tidak boleh mengakui dia bermain dengan baik apabila bolos tiga gol.

“Saya tidak akan memalukan diri sendiri. Saya tidak mengatakan dia bukanlah pemain tidak yang bagus, tetapi kita tidak sepatutnya membenarkan gol semudah itu.

Peminat Arsenal pastinya berharap Saliba dapat bangkit daripada ini dan terus berkembang dengan baik di bawah Mikel Arteta.

Share Post:

Related Posts