
Brazil menang 5-1 ke atas Tunisia beberapa hari lepas di Paris, tetapi perlawanan itu dicemari insiden perkauman yang melibatkan pemain Tottenham Hotspur, Richarlison.
Pasukan kendalian Tite, sukar ditandingi dalam perlawanan terakhir mereka sebelum Piala Dunia dan Richarlison yang menjaringkan gol kemenangan pada malam itu.
Ketika bintang Tottenham itu sedang meraikannya di sudut padang, seorang penonton melakukan tindakan jijik iaitu membaling pisang ke arahnya.
Pemain berusia 25 tahun itu tidak menyedari apa yang berlaku pada masa itu, tetapi telah mengakui bahawa dia tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya.
“Saya fikir tuhan tidak membenarkan saya melihatnya kerana saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan dalam keadaan panas seperti ini,” kata Richarlison ketika ditemu bual Sky Sports.
“Saya harap peminat ini akan dikenalpasti dan dihukum.
“Kamu boleh lihat apa yang berlaku baru-baru ini dengan Vinicius Jr baru-baru ini.
“Hari ini, ia berlaku di dalam stadium. Semoga pihak berkuasa mencari dan menghukumnya.”
Tiada maklumat terkini mengenai status peminat yang melakukan perbuatan memalukan itu tetapi diharapkan Richarlison hajatnya segera dikabulkan dan individu itu ditemui dan dihukum.