by klasikko in
Piala Dunia

Belanda dan Argentina akan berentap untuk merebut slot ke separuh akhir Piala Dunia.

Sudah pasti akan ada pertarungan menarik yang melibatkan Virgil van Dijk dan Lionel Messi.

Kedua-duanya dianggap sebagai pemain terbaik negara mereka dan telah bertemu antara satu sama lain sebelum ini.

Bagaimanapun, ini akan menjadi pentas terbesar bagi kedua-dua pemain itu bertemu.

Messi menikmati kejohanan yang hampir sempurna setakat ini di Qatar.

Ketika sesi temu bual pra-perlawanan, pertahanan tengah terbaik dunia tersebut sudahpun bersiap sedia untuk menghentikan penyerang licik Argentina itu.

Bercakap tentang bagaimana dia bersiap sedia untuk menghadapi Messi pada sidang akhbar Van Dijk berkata:

“Jelas sekali dia (Messi) adalah salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, dia telah melakukannya selama bertahun-tahun.

“Saya akan katakan dia dan Cristiano Ronaldo telah menjadi dua pemain yang menonjol dalam dua dekad yang lalu.

“Yang ada hanyalah rasa hormat terhadap apa yang telah mereka capai.

“Bagi kami sekarang, ia bukan sekadar persediaan untuk dia [Messi], kami sedang bersiap untuk menewaskan Argentina.

“Jelas sekali, kami tahu betapa besar peranannya dalam kejayaan mereka selama ini.”

Share Post:

Related Posts