by klasikko in
Piala Dunia

Bukayo Saka telah menolak tanggapan bahawa dia bakal menjadi “Kylian Mbappe seterusnya” ketika England bersiap sedia untuk menentang Perancis pada suku akhir Piala Dunia hujung minggu ini.

Selepas menewaskan Senegal 3-0, cabaran England seterusnya adalah menentang juara bertahan Piala Dunia yang dipimpin oleh Mbappe dalam bahagian serangan.

Empat tahun lalu di Piala Dunia Rusia, Mbappe baru berusia 19 tahun ketika dia membantu Perancis memenangi kejuaraan.

Dia turut memenangi anugerah Pemain Muda Kejohanan FIFA untuk empat golnya serta menjadi remaja kedua yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia.

Apabila Saka ditanya sama ada dia merasakan mempunyai kejohanan serupa dengan penyerang Perancis itu empat tahun lalu.

Pemain berusia 21 tahun itu menjawab: “Terima kasih atas pujian anda tetapi tidak. Hanya ada seorang Kylian Mbappe.

“Pada masa sama, hanya ada saya seorang. Saya mahu menjadi diri saya sendiri dan membantu pasukan dengan cara terbaik yang saya boleh.

“Terdapat begitu ramai pemain muda dalam kejohanan ini, saya boleh menamakan begitu ramai.

“Malah dalam pasukan kami, ada pemain muda yang bermain dengan sangat baik seperti Jude Bellingham.

“Saya gembira kita semua berada di sini dan bermain dengan baik. Keutamaan kami adalah untuk memenangi kejohanan, bukan menjadi individu atau pemain muda terbaik kejohanan.”

Apabila ditanya lebih lanjut mengenai status Mbappe dalam permainan, Saka menjawab: “Bagi saya dia salah seorang pemain terbaik di dunia. Dia berada di atas sana.

“Sudah tentu kami tahu kualiti yang dia ada dan sebagai satu pasukan, kami perlu bersedia untuk mencuba dan menghalangnya.

“Perancis mempunyai ramai pemain lain yang berkualiti dan kami perlu sedar akan perkara itu.” tambahnya lagi.

Share Post:

Related Posts