
Emerson Royal agak bergelut dengan konsistensi sejak menyertai Tottenham Hotspur dari Barcelona.
Kadangkala ada juga beberapa persembahan menyerlah daripada pemain Brazil itu, tetapi secara keseluruhannya dia agak kecewa berada di bumi England.
Emerson pastinya mencuba sedaya upaya untuk berjaya di Spurs, kerana dia membelanjakan kira-kira £800,000 untuk menambahbaik cara permainannya termasuklah pembelian bilik hiperbarik peribadi.
Antara satu perkara yang jelas perlu diperbaiki oleh Emerson untuk maju ke hadapan ialah keupayaan rembatannya.
Pemain berusia 23 tahun itu hanya menjaringkan satu gol untuk Spurs sejak menyertai kelab itu pada musim panas lalu.
Angka itu bukanlah pulangan terbaik untuk pemain pertahanan sayap dalam sistem Antonio Conte.
Berdasarkan percubaan Emerson menentang Bournemouth semalam, mungkin dia tidak akan menambah jumlahnya dalam masa terdekat.
Percubaan separuh voli dari bek Brazil itu pada separuh masa pertama adalah sangat memalukan sehingga bola terkeluar dari Stadium Vitality.
Mujur titik peluh Spurs menjadi apabila mereka bangkit ketinggalan untuk meraih kemenangan 3-2.
Ironinya, dua gol terakhir Spurs hadir selepas Emerson meninggalkan padang permainan.
Adakah satu kebetulan? Ya dan mungkin tidak.