
Real Madrid dan Carlo Ancelotti hanya mampu menelan kekalahan pahit 4-0 di tangan Manchester City, awal pagi tadi.
Jurulatih dari Itali itu jelas tidak mempunyai jawapan kepada serangan bertali arus pasukan pihak Pep Guardiola.
Dia hanya mampu merenung di bangku simpanan sambil mengusap dagunya dan kelihatan terkejut.
Keadaan boleh menjadi lebih buruk untuk Los Blancos juga.
Jika bukan kerana dua penyelamatan penting daripada Thibaut Courtois, mungkin Ancelotti akan menepuk dahinya tanda kecewa dengan persembahan teruk anak buah sendiri.
Sebenarnya, mereka mempunyai beberapa peluang terhidang, namun ia sukar untuk disudahkan.
Tanpa memikirkan keputusan perlawanan itu, Ancelotti sepatutnya berbangga dengan satu statistik menakjubkan walaupun agak janggal untuk meraikannya.
Menurut laman web rasmi UEFA, aksi menentang Man City adalah perlawanan ke-191 Ancelotti dalam Liga Juara-Juara.
Itu bermakna dia melebihi satu perlawanan lebih daripada pemegang rekod sebelumnya, Sir Alex Ferguson.
Bekas pengurus Man United itu masih memegang rekod untuk kebanyakan perlawanan yang dikendalikan dalam pertandingan dengan satu kelab.
Sekiranya Ancelotti masih mengekalkan kedudukannya sebagai pengurus Real untuk sekurang-kurangnya satu musim lagi, mungkin dia boleh memanjangkan rekodnya.
Jurulatih pasukan lawannya, Pep Guardiola, masih ada lagi beberapa perlawanan untuk menyaingi rekod itu dengan menguruskan 159 perlawanan dalam pertandingan utama Eropah.