
Arsenal berseronok ketika kunjungan mereka ke pantai selatan England semalam.
Gunners menghadapi perlawanan di tempat lawan menentang Bournemouth dengan dua kemenangan Premier League berturut-turut.
Anak buah Mikel Arteta menewaskan Crystal Palace 2-0 di Selhurst Park sebelum meraih kemenangan 4-2 ke atas Leicester City di laman sendiri.
Arsenal menjadikan tiga kemenangan daripada tiga ke atas Bournemouth, pasukan utara London itu mencapai kemenangan terbaru mereka dengan jaringan 3-0.
Gunners mendahului 2-0 dalam 11 minit pertama permainan, kapten Martin Odegaard menjaringkan kedua-duanya.
Ia juga merupakan gerakan pasukan yang teratur dengan Gabriel Jesus banyak melibatkan diri.
Arsenal beraksi hebat pada separuh masa pertama dan tidak lama selepas rehat, mereka memperoleh gol ketiga.
William Saliba adalah pemain yang menghasilkan jaringan cukup menakjubkan sebagai bek tengah.
Pertahanan Perancis itu ditemui pada ruang kosong berhampiran luar kotak penalti oleh Granit Xhaka.
Kemudian dia menghulurkan kaki kirinya yang ‘lebih lemah’ untuk menghasilkan penyudah seperti seorang penyerang peringkat elit.
Saliba menjaringkan gol sendiri yang malang dalam kemenangan ke atas Leicester, tetapi telah menebus semula kesilapannya dengan cara yang penuh bergaya.
Rembatan daripada pemain Perancis itu cukup sempurna sehinggakan rakan sepasukannya, Oleksandr Zinchenko tidak percaya dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.
Jarang kita saksikan seorang pertahanan tengah menjaringkan gol secantik itu, terutamanya di EPL.
Arsenal kini di persada liga selepas meraih kemenangan selesa menentang Bournemouth, dengan mata maksimum dikutip.
Permulaan musim ini adalah bertentangan dengan sebelum ini, di mana pasukan utara London itu tewas tiga perlawanan berturut-turut tanpa menjaringkan satu gol.
Cabaran kejuaraan mungkin terlalu awal untuk pasukan muda Arsenal ini pada 2022/23, tetapi menamatkan saingan di empat teratas dan layak ke Liga Juara-Juara nampaknya matlamat yang sangat realistik.