
Marcus Rashford memuji persembahan yang dipamerkan oleh rakan sepasukannya sewaktu kemenangan bergaya Manchester United 5-0 ke atas RB Leipzig.
Pemuda yang menjadi kebanggaan Manchester itu mendedahkan yang Ole Gunnar Solskjaer memberi amanat kepadanya untuk cuba meningkatkan lagi tempo kelajuan pada bahagian serangan sebelum meledak hatrik.
United memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila percubaan tepat yang pertama Mason Greenwood di UEFA Champions League menerobos jaring yang dijaga oleh Péter Gulácsi pada babak pertama perlawanan.


Namun, nama Greenwood tidaklah menjadi hebahan kerana Rashford sekali lagi mencuri tumpuan dan membawa pulang “match ball”.
Pemain skuad kebangsaan England berkenaan menjaringkan 3 gol dengan mengambil masa dalam 18 minit sahaja, ia adalah hatrik pertama di dalam karier profesionalnya.
Beliau sebenarnya berpeluang untuk melengkapkan hatrik dengan lebih awal daripada itu, namun dengan penuh baik hatinya memberikan tugas sepakan penalti kepada Anthony Martial sewaktu sedang mendahului 3-0.
Pengurus (Solskjaer) menyuruh kami cuba untuk menaikkan tempo perlawanan.
Kami perlu lebih banyak menyerang, terdapat banyak ruang sewaktu itu.
Kami memiliki Bruno (Fernandes) serta Paul (Pogba), Anto (Martial) berlari ke hadapan dan kami sememangnya berbahaya apabila kami naik ke atas.
Beritahu Rashford kepada BT Sport selepas perlawanan berakhir
Ia adalah satu permainan pasukan yang sebenar.
Bagi yang diturunkan sebagai kesebelasan utama dan pemain gantian semuanya telah melakukan yang terbaik.
Semangat yang mahu menghabiskan perlawanan dengan lebih awal itulah yang perlu kami tanamkan pada semua perlawanan selepas ini.
Rashford memuji persembahan sebagai satu pasukan
PAPAN IKLAN
Tonton pelbagai siaran TV tempatan, luar negara, sukan dan banyak lagi dengan menggunakan internet dengan harga yang paling murah dan mudah melalui peranti Android dan iOS. Jika berminat, sila layari:
–> https://fgsstore.weebly.com/xflix.html <–


*Jika anda mempunyai sebarang produk, perniagaan atau sebagainya untuk kami promosikan, sila layari laman Facebook kami atau komen di ruangan di bawah untuk pertanyaan lanjut.