
Semua perlawanan minggu keempat Premier League telah dilangsungkan dengan tidak kelihatan banyak perubahan dari segi kedudukan. Ada pasukan yang prestasinya tidak konsisten.
Aksi Premier League akan berehat seketika bagi memberikan laluan kepada minggu antarabangsa FIFA yang akan berjalan minggu hadapan. Ia memberikan waktu untuk beberapa pemain yang cedera untuk kembali cergas.
Jumlah gol dan jumlah bolos
Sejumlah 41 telah dijaringkan semua pasukan minggu ini. Tottenham Hotspur dan Manchester City merupakan pasukan yang menjaringkan paling banyak gol minggu ini, dengan 5 gol masing-masing.
Pasukan yang bolos paling banyak ialah Burnley dan Fulham, masing-masing ada lawan kepada Tottenham dan Manchester City.
Berikut adalah keputusan perlawanan minggu ini. Lapan perlawanan berakhir dengan ada pemenang sementara baki dua lagi perlawanan, ia berakhir dengan keputusan seri. Hanya ada dua pasukan yang menang tanpa bolos, Nottingham Forest dan Liverpool.
Pemain Menyerlah
Ada tiga pemain yang telah menjaringkan hatrik minggu ini. Kali pertama sejak 1995, tiga pemain menjaringkan hatrik dalam hari perlawanan yang sama. Son Heung Min, Erling Haaland dan Evan Ferguson menjaringkan hatrik minggu ini.
Ia adalah jaringan keenam Haaland, keempat Ferguson dan ketiga Son Heung Min dalam liga musim ini. Ia juga adalah hatrik pertama Ferguson dalam karier bola sepaknya pada usia 18 tahun.
Declan Rice menjaringkan gol pertama beliau untuk Arsenal ketika membantu pasukannya menewaskan Manchester United. Rice menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.
Kedudukan
Carta liga tidak menunjukkan banyak perubahan, Manchester City terus dominan di puncak liga dengan rekod bersih menang kesemua empat perlawanan untuk meraih mata maksimum 12.
Di belakang mereka masih kekal dengan pasukan yang sama seperti Tottenham, Liverpool, West Ham dan Arsenal.
Ada enam pasukan yang masih belum kalah iaitu Manchester City, Tottenham, Liverpool, West Ham, Arsenal dan Brentford.