
Matt Doherty berkongsi beberapa pemain yang akan dimasukkan ke dalam skuad FPL sewaktu temu bual dengan Fantasy Premier League.
Dia menamakan dua pemain Tottenham Hotspur yang dipercayai semua orang perlu ada dalam pasukan mereka.
Doherty turut membuat dakwaan penting tentang keberkesanan sepakan percuma Harry Kane.
Dua pemain yang dipilih untuk pasukan idamannya ialah Dejan Kulusevski dan Harry Kane.
Dia menjelaskan pemilihannya dengan berkata:
“Saya akan memilih Kulusevski, kerana dia sangat bagus dalam bola sepak.
“Kita boleh lihat apabila kita tidak memilikinya, betapa kita merinduinya.
“Dia mencipta banyak perkara, masuk ke dalam kotak, melepasi semua orang. Begitu dinamik, dia membuat perubahan besar kepada pasukan.
“Atas sebab pasukan fantasy, setiap kali bermain dia akan terlibat dalam gol ataupun menjaringkan gol serta mencipta permainan.”
Apabila ia diberi pilihan untuk penyerang, Doherty tidak teragak-agak menamakan rakan sepasukannya Kane.
Baimanapun dia mencadangkan pemain England itu agar tidak mengambil sepakan percuma untuk pasukan dan Eric Dier harus melakukannya.
“Cuma, permainannya yang menyeluruh. Dia boleh menghantar bola, dia boleh membuat gol, dia menjaringkan banyak gol.
“Dia mengambil sepakan penalti dan sepakan percuma, walaupun mungkin dia tidak sepatutnya. Mungkin Eric Dier patut mengambilnya.”
Ketika dihadiahkan sepakan percuma, Harry Kane bukanlah pilihan terbaik untuk Spurs berdasarkan oleh rekodnya.
Terdapat beberapa calon yang lebih baik untuk peranan itu, termasuklah bintang Korea Selatan Son Heung-min dan Eric Dier yang telah menerima sokongan daripada Matt Doherty.