
Real Madrid hampir menandatangani pemain sayap Chelsea, Raheem Sterling pada musim panas tetapi gagal kerana peraturan pendaftaran.
Sterling menandatangani kontrak dengan Chelsea semasa jendela perpindahan musim panas daripada juara bertahan Premier League, Manchester City.
Pemain England itu memainkan peranan penting dalam kejayaan City selama ini, tetapi Pep Guardiola telah memutuskan membawa haluan berbeza dengan menurunkan bakat baru.
Ia mungkin menjadi cerita yang berbeza untuk Sterling, dengan laporan baru kini mendakwa bahawa dia hampir berhijrah ke Sepanyol.
Laporan daripada AS Diario mendakwa bahawa Sterling hampir menandatangani kontrak dengan gergasi La Liga, Real Madrid tetapi peraturan pendaftaran tidak membenarkan mereka.
Real Madrid tidak dapat mendaftarkan lebih daripada tiga pemain bukan dari Eropah dengan Eder Militao, Vinicius Jr., dan Rodrygo masing-masing sudah menempah posisi mereka.
Kini, trio Brazil semuanya telah diberikan kerakyatan Sepanyol, bermakna tiga tempat itu kini tersedia, tetapi malangnya rezeki tidak berpihak kepada Sterling.
Walaupun tidak dapat mengawal perkara itu, berpindah ke Chelsea mungkin lebih baik untuk perkembangan Sterling.
Pemain seperti Vinicius Jr. dan Karim Benzema berada dalam prestasi yang baik untuk Real Madrid, jadi masa permainannya mungkin terhad berbanding di Chelsea.