
Piala Dunia 2022 hampir pasti akan menjadi yang terakhir Lionel Messi bersama jersi Argentina.
Ia adalah salah satu trofi utama yang diidamkan bintang Paris Saint-Germain itu sepanjang karier profesionalnya yang luar biasa.
Messi hampir memenanginya pada 2014, tetapi gol masa tambahan Mario Gotze di Rio De Janeiro meranapkan impian Argentina dengan kekalahan dramatik 1-0 di pentas final.
Jadi, 2022 adalah tahun terakhir legenda Barcelona itu untuk mengukir pencapaian yang akan menyebabkan lebih ramai peminat bola sepak mengiktirafnya sebagai ‘GOAT’ yang tidak dipertikaikan.
Albiceleste adalah salah sebuah pasukan besar yang diramalkan untuk memenangi Piala Dunia di Qatar.
Mereka kini dalam 35 perlawanan tanpa kalah, manakala pasukan Messi juga telah menjuarai kedua-dua Copa America dan Finalissima dalam tempoh setahun setengah yang lalu.
Menghalang kemaraan pasukan berbakat Lionel Scaloni pastinya tidak mudah, lebih-lebih lagi kini Messi kembali ke prestasi terbaiknya.
Kemasyhuran Messi di seluruh dunia bermakna bukan setakat rakyat Argentina, malah ramai peminat menyokongnya di Qatar.
Salah seorang daripadanya ialah legenda Liverpool, Jamie Carragher.
Semasa bertugas sebagai pundit di CBS Sports, bekas bek England itu berkata dia “tidak suka apa-apa lagi” daripada Argentina dan Messi untuk memenangi Piala Dunia musim sejuk ini.
Menariknya, Carragher langsung tidak menyebut England dan nampaknya dia lebih cenderung melihat Messi dan Argentina berbanding negara sendiri.
Ia sememangnya satu perkara yang berani untuk dikatakan di kaca televisyen semasa zaman media sosial yang penuh meriah ini.