
Philippe Coutinho tidak akan dipanggil untuk beraksi bersama skuad Brazil pada Piala Dunia pada November nanti.
Menurut Sport, Coutinho gagal memikat pengurus Brazil, Tite dan tidak akan dimasukkan dalam skuad Selecao untuk bertandang ke Qatar.
Prestasinya di Aston Villa musim ini agak terumbang-ambing, gagal mencatatkan sebarang sumbangan gol dalam 12 penampilan.
Akibatnya, pengurus Brazil itu memilih untuk mengambil Everton Ribeiro dan Roberto Firmino sebagai pengganti.
Dia menyertai Villans tahun ini pada mulanya secara pinjaman dari Barcelona sewaktu jendela perpindahan Januari dan bersetuju dengan perjanjian tetap pada Mei lalu.
Villa telah menunjukkan prestasi kurang memuaskan setakat musim ini di bawah Steven Gerrard tetapi melakakrkan kemenangan 4-0 pada perlawanan pertama sejak jurulatih Inggeris itu dipecat.
Unai Emery kini telah dilantik sebagai pengurus di Villa Park, sementara kelab dan pemain mungkin mencari rentak di bawah jurulatih baharu, sudah terlambat untuk Coutinho mengubah fikiran Tite.