
Peter Schmeichel memuji barisan serangan Paris Saint-Germain tetapi menegaskan mereka tidak akan memenangi Liga Juara-Juara musim ini kerana kerapuhan benteng pertahanan.
Gergasi Ligue 1 itu menang besar 7-2 di Paris menentang Maccabi Haifa untuk memastikan tempat mereka ke peringkat kalah mati kejohanan itu.
Lionel Messi dan Kylian Mbappe masing-masing menjaringkan dua gol, dengan Neymar turut mencatatkan namanya dalam senarai penjaring pada malam itu.
PSG masih belum menjulang trofi berprestij Eropah itu walaupun hakikatnya merupakan antara kelab yang berprestasi terbaik dan terkaya dalam bola sepak dunia.
Mbappe terus mendominasi dan menyaingi Erling Haaland sebagai prospek muda yang paling menarik di seluruh Eropah, manakala Messi dan Neymar masih lagi berkembang sehingga usia 30-an.
Bagaimanapun, Peter Schmeichel yang mengetuai Manchester United menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara pada 1999, bertegas bahawa pasukan Perancis itu tidak akan kemana dalam pertandingan musim ini.
“Saya tidak pasti, apabila kamu bercakap tentang mereka memenangi Liga Juara-Juara, saya fikir masalah yang mereka telah tunjukkan hari ini.
“Apabila mereka mendahului 4-0 tiba-tiba menjadi 4-2, mereka perlu menjaringkan banyak gol untuk memenangi perlawanan.
“Ia tidak selalu akan berlaku. Saya rasa mereka agak teruk dari segi bertahan.
“Mereka bermain dengan tiga penyerang di depan, apabila anda berada di stadium dan anda melihat betapa kurangnya mereka mengambil bahagian dalam aspek bertahan.
“Bagi pasukan lain seperti Bayern Munich, Manchester City, mereka bermain dengan 11 pemain menyerang, 11 pemain bertahan. Itulah yang kita perlukan dalam bola sepak moden.”