by klasikko in
Serie A

Pengarah sukan Torino, Davide Vagnati sedang menuju ke London untuk mengadakan perbincangan dengan Arsenal, Chelsea dan Tottenham Hotspur mengenai perpindahan Gleison Bremer.

Bek tengah itu telah memenangi anugerah Pertahanan Terbaik Serie A untuk musim 2021/22 yang difahamkan bakal meninggalkan Itali pada musim panas ini.

Dalam kempen lalu, Bremer sangat menyerlah di mana dia muncul dalam 33 perlawanan untuk kesemua pertandingan.

Pemain Brazil itu telah menarik minat daripada beberapa kelab, dengan Tutto Sport melaporkan bahawa Inter Milan adalah pilihan utama.

Bagaimanapun, Inter hanya akan menawarkan antara £26 hinga £30 juta, dan Torino merasakan mereka boleh mendapat lebih banyak daripada pasaran Inggeris.

Menurut laporan 90min, pengarah sukan Torino sedang menuju ke London untuk mengadakan perbincangan bersama kelab-kelab London dengan harapan dapat mencetuskan perang bidaan.

Dikatakan bahawa Torino sedang mencari jalan untuk menjual Bremer sekitar £43 juta, yang jauh lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan setakat ini.

Ketiga-tiga kelab Premier League berada dalam pasaran untuk bek tengah musim panas ini, dengan Arsenal, Spurs dan Chelsea masih menilai pilihan mereka.

Bremer menyertai Torino pada 2018 daripada kelab divisyen pertama Brazil, Atletico Mineiro dengan harga £5.2 juta.

Secara keseluruhannya, dia telah turun dalam 110 penampilan dalam semua pertandingan untuk pasukan Itali itu.

Share Post:

Related Posts