by klasikko in
Piala Dunia

Pertahanan Manchester United yang kini dipinjamkan ke Sevilla, Alex Telles akan terlepas baki Piala Dunia dan memerlukan pembedahan.

Telles menyertai Sevilla secara pinjaman selepas Manchester United membawa masuk Tyrell Malacia untuk menyaingi Luke Shaw bagi merebut posisi bek kiri.

Bek Brazil itu terpilih pada Piala Dunia dan memulakan perlawanan terakhir kumpulan skuad Samba dalam kejohanan itu.

Bagaimanapun, Telles kini akan terlepas baki kejohanan kerana kecederaan dan akan memerlukan pembedahan pada lututnya.

Ia akan menjadi tamparan hebat buat Sevilla jika dia direhatkan untuk tempoh masa yang panjang dan ini boleh menimbulkan keraguan sama ada mereka akan menandatanganinya secara kekal.

Mustahil buat Telles untuk beraksi dalam baki perlawanan Brazil, dengan Alex Sandro menjadi pilihan pertama.

Tetapi pengurus skuad Samba, Tite mungkin menghadapi beberapa masalah pemilihan jika pemain sandran juga cedera sebelum berakhirnya Piala Dunia.

Gabriel Jesus juga akan terlepas baki kejohanan kerana kecederaan, dengan Brazil mungkin bersyukur kerana merehatkan beberapa pemain utama mereka dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Share Post:

Related Posts