by klasikko in
Premier League

Perlawanan pertama Pierre-Emerick Aubameyang menentang Arsenal sejak meninggalkan kelab itu tidak mengikut seperti apa yang dirancang.

Penyerang Gabon itu diberikan permulaan oleh pengurus Chelsea, Graham Potter dalam perlawanan derby London tetapi langsung tidak memberi impak.

Aubameyang hanya menerima lapan sentuhan bola, sebelum digantikan keluar pada minit ke-64.

Pemain berusia 33 tahun itu seperti tidak berpuas hati apabila termenung di bangku simpanan.

Penampilan Aubameyang di Stamford Bridge adalah keputusan yang tepat oleh Mikel Arteta untuk menggugurkannya daripada skuad utama.

Dalam era penuh moden ini, seperti biasa ada video singkat yang menampilkan persembahan buruk dan Aubameyang tidak terkecuali.

Seorang penyokong Arsenal mencipta sebuah video ringkas sambil merujuk kepada kata-katanya: “Tiada apa-apa yang peribadi.”

Malah, Gabriel Magalhaes yang menjaringkan gol tunggal permainan turut memerli ayatnya dalam satu tweet selepas kemenangan penting di London Barat.

Ia benar-benar hari yang perlu dilupakan untuk Aubameyang yang tidak pernah menyerlah sejak menyertai Chelsea dari Barcelona.

Kad kuning yang diterima kerana terjahan ke atas Ben White telah menyimpulkan hari yang suram buat penyerang itu.

12 penampilan pertama Aubameyang untuk Chelsea dalam kesemua pertandingan telah menghasilkan hanya tiga gol sahaja.

Ia sememangnya angka yang tidak cukup bagus untuk pemain berkualiti tinggi sepertinya.

Share Post:

Related Posts