
Ramai yang mengimpikan kehidupan mewah Pep Guardiola.
Guardiola adalah bekas pemain bola sepak bertaraf dunia dan kini dihormati sebagai salah seorang pengurus terhebat yang pernah disaksikan dalam sukan ini.
Hasil daripada pencapaiannya, Guardiola dibayar sejumlah besar wang iaitu sekitar $20 juta setahun.
Tidak boleh dinafikan dia adalah seorang yang kaya, tampan dan legenda bola sepak yang jujur.
Bagaimanapun, satu kelemahan untuk menjalani kehidupannya ialah jarang mempunyai sedikit privasi.
Jika dia keluar bersiar-siar di sekitar bandar Manchester, beratus orang akan meminta bergambar yang kadangkala bukanlah aktiviti menyeronokkan.
Situasi itu jelas boleh digambarkan ketika video bos City tersebut dimuatnaik ke dalam TikTok baru-baru ini.
Semasa Guardiola mengayuh basikal ketika waktu malam di pusat bandar Manchester, seorang peminat teruja dapat melihatnya.
Lelaki berkenaan terus mengejar legenda Barcelona itu ke lorong yang sangat sempit berhampiran Taman Parsonage di Manchester, sambil menjerit:
“Aye Pep, biar saya ambil gambar bro!
Yo Pep! awak perlu lihat ini! Ya tuhanku!”
Selepas dia bertemu bersemuka dengan Guardiola yang kelihatan menyampah, lelaki tersebut cuba mengajak bersembang dengannya namun ditolak.
“Yo Pep! Biar saya ambil gambar, kenapa awak lari, biar saya ambil gambar bro!” katanya.
“Biar saya ambil gambar, saya cuma mahu bergambar!
Guardiola benar-benar tidak berkenan dengan tindakan peminat itu.
Dia hanya mahu mengambil angin dengan tenang, bukannya dikejar oleh seseorang yang melambai telefon di mukanya.
Guardiola sedang bersiap-siap untuk musim 2022/23 yang bakal bermula tidak lama lagi, dengan jelajah pra-musim City di Amerika Syarikat pada minggu depan.
Juara bertahan EPL itu akan menentang Club America dan Bayern Munich, sebelum berlepas pulang ke England untuk pertemuan Perisai Komuniti dengan Liverpool pada 30 Julai.