by klasikko in
UEFA Champions League

Pep Guardiola menegaskan bahawa mengendalikan Manchester City tidak akan lengkap tanpa trofi Liga Juara-Juara.

Pengurus dari Sepanyol itu baru-baru ini menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun dengan kelab itu, mengekalkannya di Stadium Etihad sehingga 2025.

Setakat ini, dia telah memenangi empat kejuaraan Premier League, empat Piala Carabao dan satu Piala FA, tetapi ada satu trofi yang masih menjadi igauan.

Liga Juara-Juara dianggap sebagai trofi paling berprestij di peringkat kelab.

Real Madrid telah memenangi paling banyak dengan 14 trofi dalam kabinet di Bernabeu.

Paling hampir dengan City ialah kempen 2020/2021, di mana mereka menamatkan saingan sebagai naib juara selepas kekalahan 1-0 kepada seteru liga domestik, Chelsea.

City terkeluar daripada saingan musim lalu di separuh akhir apabila dikecewakan Real Madrid yang menghasilkan salah satu kebangkitan semula paling luar biasa dalam pertandingan itu.

Los Blancos menjaringkan tiga gol pada masa kecederaan untuk mara ke final dan seterusnya menewaskan Liverpool untuk mendakap trofi UCL.

Musim ini, Citizens berada di pusingan kalah mati dan telah diundi menentang RB Leipzig.

Share Post:

Related Posts