
Peminat Arsenal tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lihat dalam rakaman sewatu perlawanan menentang West Ham United.
Gunners mendahului 2-0 dalam 10 minit pertama permainan, tetapi mereka mensia-siakannya.
Sekaligus ia membolehkan Hammers menyamakan kedudukan dan menamatkan permainan dengan keputusan seri.
Detik yang menjadi penentu ialah tendangan penalti Bukayo Saka yang terlepas pada separuh masa kedua, yang mungkin boleh menjamin kemenangan untuk Arsenal.
Dalam video di sebalik tabir yang disiarkan di saluran YouTube West Ham, Lucas Paqueta boleh dilihat menjerit nama Saka semasa dia berlari, mungkin untuk mengalih perhatiannya.
Tindakan ini adalah menyalahi undang-undang mengikut Undang-undang 12 IFAB.
Peminat Arsenal telah membidas bintang West Ham itu kerana tingkah lakunya yang tidak adil dan jauh dari semangat kesukanan.
Keputusan seri bermakna Arsenal kini telah tercicir empat mata penting dan Manchester City kini hanya empat mata di belakang mereka dengan satu perlawanan dalam tangan.