by klasikko in
FA Cup

Arsenal tersingkir dari Piala FA di tangan Nottingham Forest adalah salah satu kekecewaan terbesar di dalam sejarah pertandingan itu.

Skuad Arsenal yang dirombak oleh Mikel Arteta tidak dapat menandingi kekentalan Forest.

Mereka menunjukkan lebih banyak kesungguhan, kualiti dan keinginan walaupun tuan rumah tidak mendominasi penguasaan bola.

Kesannya, jaringan tunggal yang lewat oleh Lewis Grabban sudah memadai untuk memastikan Juara Eropah dua kali itu mara ke pusingan seterusnya.

Bagaimanapun, kekalahan ini telah menyerlahkan sejarah Arsenal baru-baru ini dalam pertandingan itu, dengan statistik Opta mendedahkan bahawa Arsenal telah tersingkir pada pusingan ketiga Piala FA hanya sekali dalam tempoh 26 tahun yang lalu.

Ia juga berlaku sewaktu kekalahan di tangan Nottingham Forest pada musim 2017-18 iaitu perlawanan terakhir Piala FA Arsene Wenger.

Statistik ini benar-benar menunjukkan betapa besar kekecewaan ini.

Arsenal sangatlah jarang tersingkir pada peringkat awal pertandingan, biasanya mereka berada di penghujung kejohanan.

Mereka telah memenangi Piala FA sebanyak 14 kali dalam sejarah mereka dan bermimpi untuk memeluk buat kali ke-15 pada musim ini.

Memandangkan mereka tidak bersaing dalam mana-mana pertandingan Eropah, jadi mereka berpeluang untuk menurunkan pasukan yang lebih segar.

Sebaliknya, mereka hanya ada Piala Carabao untuk dikejar, jika tidak Gunners akan mengakhiri musim ini tanpa sebarang trofi.

Arsenal perlu mengatasi Liverpool dalam 2 perlawanan separuh akhir Piala Carabao, sebelum menewaskan satu lagi saingan London, Chelsea atau Tottenham Hotspur andai layak ke final.

Share Post:

Related Posts