by klasikko in
Premier League

Pemain sayap Chelsea, Hakim Ziyech mahu meninggalkan The Blues.

Demikian menurut wartawan Simon Phillips yang melaporkan bahawa pemain Maghribi itu tidak sabar-sabar untuk mencari cabaran baharu dengan The Blues tidak mungkin menghalangnya.

Ketika ini mempamerkan kempen Piala Dunia yang mengagumkan, pemain berusia 29 tahun itu sedang membuat persiapan untuk perlawanan kalah mati 16 menentang Sepanyol.

Ziyech telah mencatatkan satu gol dan satu assist daripada tiga perlawanan pertamanya.

Bagaimanapun, walaupun berada dalam prestasi meyakinkan, Ziyech sudah lama tidak dipercayai oleh The Blues.

Bekas pengurus, Thomas Tuchel menurunkannya ke bangku simpanan dan bos baharu Graham Potter turut melakukan perkara yang sama.

Menurut laporan terbaru dari Gazzetta dello Sport, berikutan kesukaran pemain sayap itu untuk kembali ke dalamskuad utama The Blues, AC Milan sedang mengintai perkembangannya.

Menyokong dakwaan tersebut Phillips berkata: “Bagi Ziyech, dia mahu pergi buat sementara waktu. Sejak musim panas, sejak Tuchel berada di sana.

“Jadi, itulah perbezaan besar dengan pemain lain yang telah kita bincangkan.

“Ziyech mempunyai keinginan untuk meninggalkan Chelsea secepat mungkin. Jadi, Chelsea akan gembira mendengar tawaran untuknya pada Januari.”

Sejak menyertai The Blues dari Ajax pada 2020, Ziyech mempunyai baki tiga tahun dalam perjanjiannya.

Dia telah beraksi dalam 92 perlawanan dalam semua pertandingan, menyumbang secara langsung kepada 24 gol.

Share Post:

Related Posts