
Persembahan Martin Odegaard menentang West Ham United adalah sesuatu yang cukup istimewa.
Playmaker Arsenal itu dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan apabila pasukannya menang 3-1 pada Boxing Day untuk kekal di persada liga.
West Ham sebenarnya mendahului jaringan di Emirates menerusi sepakan penalti Said Benrahma pada babak pertama, tetapi Gunners mengganas selepas waktu rehat.
Semua mata memberi perhatian kepada Odegaard.
Bekas arkitek Real Madrid itu gagal melakarkan nama dalam senarai penjaring, walaupun tidak boleh dipertikaikan bahawa dia adalah pemain terbaik di tengah padang.
Odegaard secara kebetulan telah membantu gol penyamaan Bukayo Saka, sebelum dengan pintar mencari Eddie Nketiah untuk meletakkan Arsenal 3-1 selasa di hadapan.
Kapten Gunners itu berada di mana-mana, dengan pemain seperti Declan Rice, Tomas Soucek dan Lucas Paqueta tidak mampu mengawalnya.
Odegaard dinamakan sebagai Man of the Match dalam liputan Amazon Prime dan beberapa saat selepas pengulas berbuat demikian, pemain Arsenal itu boleh dikatakan menghasilkan detik terbaiknya dalam perlawanan itu.
Paqueta dan Jarrod Bowen mengejarnya ke garisan tepi padang tetapi usaha untuk merampas bola Odegaard berakhir dengan sia-sia.
Daripada mengejar bola dan memulakan serangan, kedua-dua pemain West Ham itu ditinggalkan dalam sekelip mata.
Odegaard mempamerkan beberapa helah ajaib yang akan kita lihat sepanjang musim.
Aksinya terlalu bagus sehingga penyokong tuan rumah di dalam Emirates seakan-akan tidak percaya dengan kecemerlangannya itu.
Odegaard adalah pemain yang menjadikan bola sepak sangat mudah dan itulah sebabnya dia harus dihargai.
Penyokong Arsenal mula memujanya dan merasakan ada banyak lagi yang akan datang daripada pemain yang masih berusia 24 tahun tersebut.
Jadi, Arsenal kekal di puncak carta liga dan mereka kini lapan mata di depan Manchester City yang bertandang menentang Leeds United awal pagi esok.
Seterusnya untuk Gunners ialah lawatan ke Brighton & Hove Albion, sebelum mereka menjadi tuan rumah kepada Newcastle United pada Tahun Baru.
Jika Arsenal berjaya mengutip enam mata penuh, tiada syak wasangka lagi mereka sebagai pencabar kejuaraan.