by Azhan Mohi in
Liga Malaysia

Terengganu berjaya mengutip tiga mata penuh di laman sendiri apabila menewaskan kelab jiran, Sri Pahang dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Kpah Sherman dan penalti Faisal Halim.

Gol sagu hati pelawat diperolehi pada penghujung permainan hasil sentuhan Malik Mat Arif namun sudah terlambat untuk mengejar.

Ada insiden menarik berlaku sejurus selepas Faisal Halim menyempurnakan penalti menewaskan penjaga gol pelawat, Mamadou Samassa.

Faisal meraikan jaringan dengan mengejek gaya penjaga gol Pahang itu melakukan tepisan yang gagal meneka arah sepakan beliau.

Situasi dilihat tegang dengan Samassa kelihatan tidak berpuas hati dengan sikap Fais Halim sehingga pergaduhan hampir tercetus namun dileraikan para pemain.

Share Post:

Related Posts