
Portugal tampil dalam perlawanan pertama Piala Dunia edisi kali ini dengan menentang wakil Afrika, Ghana. Mereka menang dengan keputusan dramatik 3-2.
Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pembukaan perlawanan yang mencipta sejarah tersendiri apabila Ronaldo muncul pemain pertama menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia.
Kemudian Ayew menyamakan kedudukan sebelum João Felix dan Rafael Leao menjadikan Portugal selesa 3-1. Namun Bukari merapatkan jurang untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Dikala Portugal semakin hampir meraikan kemenangan, satu keadaan kucar kacir di hadapan gol hampir melenyapkan tiga mata Portugal. Penjaga gol mereka, Diogo Costa tersalah jangkaan.
Ketika mahu menyepak bola ke tengah padang, Costa telah meletakkan bola di atas padang dan tanpa disedari seorang pemain Ghana berada di belakang beliau dan cuba merampas bola tersebut, mujur beliau tergelincir.