by klasikko in
Piala Dunia

Fernando Santos muak dengan pihak media yang bertanya soalan pada Bruno Fernandes tentang Cristiano Ronaldo dalam sidang media pra-perlawanan Portugal.

Manchester United mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan bersama dengan Ronaldo untuk menamatkan kontraknya.

Fernandes menangani situasi itu, menyatakan bahawa dia tidak memihak sesiapa dan akui impian menjadi kenyataan untuk bermain bersama pemenang lima kali Ballon d’Or tersebut di peringkat kelab.

Kedua-duanya akan terus bermain antara satu sama lain untuk Portugal yang memulakan kempen Piala Dunia menentang Ghana.

Ini adalah peluang terakhir buat Ronaldo untuk memenangi trofi yang diidamkan itu.

Sewaktu temu bual sidang akhbar, Santos kelihatan menyampah dengan soalan Ronaldo yang sering ditanya kepada Fernandes di sebelahnya.

Bos Portugal berkenaan kelihatan jengkel apabila pemain tengah United itu terus menjadi orang tengah mengenai rakan sepasukannya.

Reaksinya yang naik muak itu menjadi tumpuan peminat di media sosial.

Share Post:

Related Posts