
Pengadil Premier League dilaporkan membuat enam keputusan VAR yang tidak tepat pada awal musim yang menjejaskan pasukan seperti Arsenal, Newcastle dan West Ham.
Menurut semakan oleh panel bebas yang terdiri daripada tiga bekas pemain dan wakil dari EPL serta badan pengadil PGMOL, mendapati enam kesilapan daripada 48 keputusan dalam perlawanan sebelum rehat Piala Dunia.
Kesilapan terbesar ini boleh dilihat ketika jaringan awal Gabriel Martinelli ke atas Man United yang akan mendahului Arsenal 1-0 pada minit ke-12 di Old Trafford tetapi tidak dikira.
Gunners tewas perlawanan tersebut 3-1, dengan United mendahului permainan melalui gol Antony.
Satu lagi adalah gol West Ham di Chelsea, yang tidak dibenarkan oleh VAR kerana Jarrod Bowen dianggap telah mengasari penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy sejurus sebelum Maxwel Cornet menjaringkan gol.
Ianya kecoh diperbualkan pada bulan September ketika The Blues memenangi perlawanan itu 2-1 dan mereka yang berkata ia sepatutnya dikira kini telah terbukti betul.
Satu lagi contoh panggilan VAR yang tersilap termasuklah gol sendiri oleh Tyrick Mitchell di Newcastle yang tidak dibenarkan kerana kekasaran oleh Joe Willock ke atas penjaga gol Guaita.