
Menjelang tugas skuad kebangsaan seterusnya, bintang Man City dan England, Phil Foden telah memberikan pendapatnya tentang bagaimana rasanya bermain bersama dua penyerang terbaik generasi ini.
Jawapannya mengenai perbezaan mereka berdua mungkin mengejutkan ramai orang.
Rakan sepasukan di kelab, Erling Haaland dan rakan sepasukan antarabangsa, Harry Kane pasti tahu di mana mahu menjaringkan gol.
Haaland sedang menungguli jauh carta skor Liga Perdana pada 2022/23 dan pemain Tottenham di tempat kedua dalam perlumbaan untuk Kasut Emas.
Mungkin itulah sebabnya Foden menganggap bahawa kedua-dua penyerang berprolifik itu tidak mempunyai perbezaan yang ketara.
“Saya tidak rasa mereka ada kelainan dalam mencipta jaringan.
“Saya rasa hasil gol mereka sukar dipercayai.” akui Foden.
“Ia membuatkan tugas saya menjadi lebih mudah bermain di samping pemain yang istimewa.
“Jika kita menghantar bola kepada mereka, sudah tentu mereka tahu apa yang mampu lakukan.”