by klasikko in
UEFA Champions League

Jordan Henderson meniru gaya larian Mohamed Salah ketika sedang mengambil tendangan penalti dalam perlawanan Liverpool menentang Rangers.

Liverpool mengalu-alukan kedatangan Rangers ke Anfield untuk pertembungan Liga Juara-Juara di Anfield.

Selepas ditumpaskan oleh Napoli dalam aksi pembukaan kempen, mereka mencari rentak dengan memperoleh 2 kemenangan berturut-turut selepas menang ke atas Ajax.

The Reds melakukannya cukup cemerlang dengan kemenangan selesa 2-0 di Merseyside.

Trent Alexander-Arnold membuka jaringan pada minit ketujuh apabila melepaskan sepakan percuma yang cantik ke dalam gawang.

Anak buah Jurgen Klopp dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-53 apabila Luis Diaz dijatuhkan di dalam kotak.

Sebagai pengambil penalti utama Liverpool, Salah menggalas tugas dan menyempurnakan sepakan dengan penuh yakin.

Henderson berdiri di belakang kotak ketika Salah sedang membuka larian, dia juga dilihat meniru pergerakan rakan Mesirnya itu.

Mungkin ada yang keliru mengapa Henderson memutuskan untuk meniru teknik larian Salah.

Menurut halaman Reddit Liverpool, ia adalah percubaan untuk mengelirukan penjaga gol Rangers, Allan McGregor.

Tetapi berkemungkinan besar Henderson cuba mengatur masa lariannya dan menjadi pemain pertama di dalam kotak sekiranya penalti itu termuntah ke kawasan permainan.

Jika McGregor berjaya menyelamatkan sepakan penalti, maka Henderson akan berada dalam kedudukan yang baik untuk meletakkan rebound ke dalam jaring.

Henderson bukanlah pemain pertama yang meniru larian tendangan penalti Salah.

James Milner melakukan perkara yang sama ketika Liverpool menentang Man City dalam Perisai Komuniti pada Julai lalu.

Share Post:

Related Posts