
Christian Eriksen membuat penampilan sulung untuk Manchester United dalam perlawanan pra-musim menentang Atletico Madrid di Ullevaal Stadion, Norway semalam.
Joao Felix menjaringkan gol tunggal permainan pada minit ke-87 sekaligus Atletico meraih kemenangan tipis 1-0.
Penyerang Portugal itu berlari di sebelah kiri padang sebelum merembat deras menggunakan kaki kiri ke sudut yang rendah.
Fred diarah keluar padang selepas mengasari dan kemudian memijak kaki Alvaro Morata.
Persembahan Eriksen adalah salah satu perkara yang positif buat United.
Pemain Denmark itu masuk pada minit ke-69 untuk menggantikan Anthony Martial.
Eriksen mewarnai cameo singkatnya dan sebenarnya dia boleh mendapat dua bantuan beberapa minit selepas berada di atas padang.
Pemain berusia 30 tahun itu melakukan hantaran lintang yang merbahaya ke dalam kotak, Anthony Elanga nyaris untuk menyempurnakannya.
Beberapa saat kemudian, Eriksen menghantar bola ke dalam kotak yang ditanduk Harry Maguire tetapi percubaannya tersasar dari gawang.
Sorotannya daripada perlawanan itu telah disusun di YouTube:
Ia adalah persembahan singkat daripada Eriksen dan penyokong United kagum dengan persembahannya.
Bukan sahaja peminat yang terpesona dengan Eriksen, malah Elanga juga turut memujinya selepas perlawanan.
“Ya, kamu boleh lihat walaupun dalam latihan, sentuhan kecilnya dan cara dia mengimbas di sekeliling padang,” kata Elanga kepada MUTV.
“Dia seorang pemain yang baik untuk bekerjasama dan sangat bagus untuk bermain.
“Kamu boleh lihat kualitinya di atas padang dan saya pasti musim ini peminat akan melihat lebih banyak lagi aksinya.”
Eriksen memuatnaik foto di media sosial selepas membuat penampilan sulungnya.
Dia menulis di Instagram: “Ini kelihatan baik dan terasa baik! Sambutan hebat daripada peminat di Norway! Gembira dapat bermain dalam minit pertama saya.”
Ia masih awal tetapi Eriksen boleh membuktikan bahawa dia adalah pemain yang sangat penting untuk Erik ten Hag dan United pada kempen 2022/23.