
Pelik dan menjengkelkan, mungkin itulah yang dapat digambarkan untuk situasi yang dihadapi pemain Zenit St. Petersburg dan Russia, Artem Dyzuba.
Beliau digugurkan dari skuad kebangsaan Russia selepas ada laporan mengatakan tular video yang seakan wajah beliau sedang ‘beronani’ di atas katil.

Video berdurasi 12 saat itu tukar di media Russia pada Sabtu walaupun ia sebenarnya berlaku pada Disember tahun lalu. Ia mempamerkan wajah seperti Dyzuba.
Pengurus skuad kebangsaan, Stanislav Cherchesov mengumumkan nama Dyzuba telah dikeluarkan dari skuad kerana mahu meredakan keadaan yang berlaku.
Moldova, Turki dan Serbia merupakan antara lawan Russia untuk minggu antarabangsa yang akan bermula pada minggu hadapan nanti dan ia mungkin menyukarkan Russia.

Bagi Stanislav, beliau mahu Dyzuba berada dalam keadaan yang tenang untuk seketika bagi memulihkan kembali fikiran pemain tersebut.
“Situasi melibatkan Artem Dyzuba tidak ada kena mengena dengan skuad kebangsaan Russia dari sudut sukan.
“Maka dengan itu, kami lihat ia tidak perlu untuk kami memberi komen terperinci mengenai isu ini.

“Bagaimanapun, staf kejurulatihan skuad kebangsaan memahami dengan baik, skuad kebangsaan perlu bersedia untuk perlawanan pada November dengan tumpuan tinggi tanpa memikirkan isu lain.
“Kami sentiasa menekankan kepada setiap orang, di dalam dan luar padang, perlu memahat tahap dan status sebagai seorang pemain kebangsaan.
“Dalam hal ini, kami membuat keputusan untuk tidak memanggil Artem Dyzuba untuk kem latihan dalam usaha melindungi pasukan dari tekanan dan hal negatif.
“Dyzuba akan ada masa untuk mengembalikan keadaan kepada asal. Saya berharap topik ini tidak akan dibesarkan ketika pasukan bekerja dalam kem latihan,” kata beliau.