
Paul Scholes memuji pemain muda Manchester United, Alejandro Garnacho selepas persembahannya dalam Liga Europa awal pagi tadi.
Erik ten Hag memberikan Garnacho permulaan senior pertamanya untuk Manchester United menentang Sheriff FC.
Meskipun pemain sayap muda itu gagal meraih jaringan, tetapi dia sentiasa menjadi ancaman di bahagian kiri.
Garnacho telah digantikan menjelang penghujung permainan dengan tepukan serta sorakan daripada penonton di Old Trafford.
Bukan sahaja penyokong setia United, malah ada yang lebih gembira dengan persembahannya.
Bercakap dengan BT Sport selepas perlawanan, Scholes memuji Garnacho: “Mereka (peminat) sukakan hiburan.
“Saya rasa anak muda ini benar-benar menghiburkan. Hampir seperti Cristiano muda pada usia itu,” kata Scholes.
Untuk dibandingkan dengan pemain berkaliber seperti Cristiano Ronaldo adalah pujian yang besar kepada Garnacho, terutamanya datang dari salah seorang pemain tengah terhebat United satu ketika dahulu.
Garnacho masih muda, jadi dia mungkin jarang diberi kepercayaan untuk diturunkan terutamanya di Premier League.
Tetapi tidak syak lagi dia mempunyai masa depan yang cerah dan boleh memainkan peranan untuk kelab bagi baki musim.