
Paul Pogba dijangka terlepas Piala Dunia di Qatar bulan ini.
Menurut laporan baru-baru ini dari akhbar Itali, Gazzetta dello Sport yang melaporkan pemain tengah Perancis itu mengalami kecederaan paha.
Kini, Pogba mungkin tidak cukup cergas untuk beraksi bersama Les Bleus di pentas terbesar nanti.
Dia baru sahaja meninggalkan Manchester United hampir enam bulan lalu dan menyertai semula Juventus secara percuma.
Perancang utama berusia 29 tahun itu masih belum membuat penampilan pertama skuad Old Lady.
Pobga terpaksa menjalani program pemulihan yang sengit dengan harapan bekas pemain Red Devil itu akan kembali tidak lama lagi.
Ejen serta pewaris kepada Mino Raiola, Rafaela Pimenta baru-baru ini mengesahkan kliennya sedang berada dalam proses pemulihan.
Malangnya, Pogba mengalami satu lagi kecederaan, kali ini nampaknya pasti akan menyebabkan dia kehilangan tempat ke Piala Dunia 2022 musim sejuk ini.
Ia juga meranapkan harapan Deschamps untuk mempertahankan Piala Dunia yang dimenangi edisi sebelum ini.
Semua soalan akan dijawab sebaik sahaja kejohanan bermula pada 20 November nanti.