by klasikko in
Premier League

Crystal Palace ditugaskan untuk cuba menamatkan sembilan kemenangan berturut-turut Man United apabila kedua-dua pasukan bertemu awal pagi esok.

The Eagles kini berada di tangga ke-12 dalam carta Premier League tetapi masih ada kemungkinan untuk diheret ke dalam zon penyingkiran.

Tekanan semakin dirasai oleh anak buah Patrick Vieira untuk mencuri mata daripada United.

Buat Red Devils pula, mereka sedang mengekalkan momentum terbaik termasuklah kemenangan penting 2-1 ke atas pencabar Man City hujung minggu lalu.

Setelah merapatkan jurang dengan pendahulu Arsenal serta berkongsi mata dengan Newcastle di tempat keempat, United sedang bersiap untuk mengunjungi London untuk perlawanan pertengahan minggu menentang Palace.

Bercakap mengenai peluang lawannya untuk menjulang kejuaraan pertama sejak 2013, Vieira mengakui:

“Apabila melihat beberapa perlawanan terakhir yang mereka mainkan, jumlah kemenangan yang mereka miliki.

“Betapa hampirnya mereka ke puncak dan saya fikir mereka akan berada [dalam perebutan kejuaraan].”

Share Post:

Related Posts