by klasikko in
Lain Lain

Mesut Ozil menunaikan solat Jumaat di Masjid Istiqlal yang terletak tengah ibu kota Indonesia, Jakarta.

Bekas pemain tengah Arsenal dan Jerman itu tiba di Masjid Istiqlal pada jam 11.15 pagi (Waktu Indonesia Barat).

Ozil memasuki Masjid Istiqlal melalui pintu VIP.

Pada mulanya, beliau dan rakan-rakannya menaiki buggy golf mengelilingi perkarangan Masjid Istiqlal.

Selepas itu, barulah mereka menuju ke tempat parkir kereta di tingkat bawah tanah.

Dalam perjalanannya, Mesut Ozil mendapat sambutan yang hangat.

Bukan sahaja oleh pihak krew media, malah jemaah lain juga berpusu-pusu mahu bergambar dan merakamnya.

Mesut Ozil diiringi oleh Imam Besar Masjid Istiqlal, Prof. Dr. KH Nasaruddin Umar.

Mereka berdua berjalan menuju ke pintu masuk Masjid Istiqlal dengan kawalan ketat pengawal keselamatan.

Bukan itu sahaja, Ozil dan Imam Nasaruddin sempat bergambar dengan latar belakang beduk gergasi iaitu di dalam Masjid Istiqlal.

Untuk makluman, beduk tersebut menggunakan kayu meranti yang berusia lebih dari 300 tahun.

Setelah itu, mereka pun masuk ke dalam masjid untuk melaksanakan ibadah Solat Jumaat.

Mesut Ozil dilihat berada di antara barisan saf hadapan.

Kedatangan Mesut Ozil ke Jakarta sebenarnya adalah untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif.

Ia bertujuan untuk mempromosikan produk ekonomi kreatif, Concave Indonesia.

Mesut Ozil berada di Indonesia selama empat hari.

Selain menjalankan beberapa perancangan di sana, bintang bola sepak dunia itu sebenarnya sudah lama menyimpan hajat untuk berkunjung ke Masjid Istiqlal.

Mesut Ozil diketahui sangat mengagumi seni bina bangunan masjid terbesar di Indonesia itu.

Beberapa bulan lalu, Mesut Ozil telah memuatnaik gambar Masjid Istiqlal di akaun Instagram miliknya.

Share Post:

Related Posts