by klasikko in
UEFA Champions League

Susulan persembahan mengagumkan menentang Atletico Madrid pada awal pagi tadi, Liverpool layak ke pusingan 16 terakhir UEFA Champions League.

Pasukan Jurgen Klopp mendahului 2 gol pada awal separuh masa pertama selepas jaringan Diogo Jota dan Sadio Mane untuk meletakkan gergasi Premier League itu berada dalam landasan yang sebenar untuk menjuarai kumpulan mereka.

Walaupun Atletico Madrid menamatkan babak pertama dengan 10 pemain apabila Felipe dibuang padang, Liverpool kekal menguasai permainan sepanjang masa.

Pemain tengah The Reds, Alex Oxlade-Chamberlain sempat meluangkan masa untuk melakukan beberapa helah.

Selepas kelihatan dikelilingi dan dihimpit oleh 3 pemain Colchoneros, pemain England itu berjaya mencari jalan keluar dari bahaya dengan menunjukkan skil individu yang bijak.

Share Post:

Related Posts