
Dua perlawanan pertama Arsenal untuk memulakan musim 2021/22 berakhir dengan kekecewaan.
Gunners membuka tirai kempen dengan kekalahan 2-0 kepada Brentford, sebelum tewas dengan jumlah skor yang sama di tangan Chelsea.
Selepas dua persembahan buruk dari pasukannya, Mikel Arteta menurunkan barisan yang terkuat untuk pertembungan pusingan ke-2 Piala Carabao menentang West Brom.
Arsenal menunjukkan dominasi mereka ketika berpesta 6 gol di The Hawthorns, awal pagi tadi.
Pierre-Emerick Aubameyang dan Nicolas Pepe sama-sama menjaringkan gol ketika Arsenal mendahului 3-0 sebelum masuknya waktu rehat.
Bukayo Saka menambah skor kepada 4-0, 5 minit selepas bersambungnya babak kedua dengan build-up yang cukup cantik.
Pemain sayap England itu berlari melintasi beberapa pertahanan The Baggies dan bermain satu-dua dengan Martin Odegaard sebelum melepaskan rembatan menerjah dalam jaring.
Bantuan gol dari Odegaard itu mendapat pujian yang menggunung dari peminat Arsenal dan kecemerlangan seperti itu adalah sebab utama mereka terdesak untuk menandatanganinya dari Real Madrid.
Pemuda dari Norway itu tidak beraksi untuk 90 minit penuh kerana digantikan dengan Ainsley Maitland-Niles.
Meskipun Odegaard tidak berada di atas padang, rakan sepasukannya tetap mengganas di depan gawang, Aubameyang mencatat hatrik sambil Lacazette menutup malam penuh meriah mereka dengan jaringan ke-6.
PAPAN IKLAN
Nak buat side income masa PKP?
Meh abam tunjukkan caranya…kita niaga gula O!

🌟modal rendah ✅
🌟untung sehingga 200% 😍
🌟harga mampu milik 👍
🌟produk senang jual👍
🌟komisyen & bonus banyak 😍
🌟group support whatsapp dan telegram mantap disediakan😄
🌟training zero to hero💪

❤️AGEN SETIAP KAWASAN DIPERLUKAN❤️
Berminat? Boleh hubungi nombor Whatsapp di bawah: