
Ramai yang meragui keupayaan Darwin Nunez sejak menyertai Liverpool dalam perpindahan £85 juta pada musim panas ini.
Pemain Uruguay itu memulakan karier yang perlahan di Liverpool kerana gagal menunjukkan kemampuan sebenar dalam perlawanan pramusim menentang Manchester United dan Crystal Palace.
Telah muncul beberapa video yang mengejek pemain berusia 23 tahun itu berikutan persembahan hambarnya di atas padang.
Nunez menutup mulut pengkritik selepas menjaringkan empat gol pada babak kedua bertemu RB Leipzig minggu lalu.
Tetapi dia tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam kekalahan 1-0 Liverpool di tangan RB Salzburg, awal pagi tadi.
Nunez turun dalam kesebelasan utama, tetapi gagal memberi impak sebelum digantikan pada waktu rehat.
Selepas tamat permainan itu, satu lagi video kejam telah muncul yang mengejek persembahannya.
Video berdurasi 46 saat itu bertajuk: ‘Darwin Nunez membuat perkara mudah kelihatan mustahil.’
Nunez dilihat gagal menembusi pertahanan, kehilangan bola dan percubaannya dinafikan mudah oleh penjaga gol lawan.
Bekas penyerang Benfica tersebut menjaringkan empat gol dalam masa 45 minit seminggu yang lalu namun muncul lagi bahan ejekan kepadanya.
Dia tidak mempamerkan persembahan terbaiknya menentang Salzburg, tetapi ia hanyalah aksi pemanas badan dan kemenangan itu tidak diambil kira sebagai penting.