by klasikko in
Premier League

Penyerang Liverpool, Darwin Nunez telah mendedahkan bahawa bekas bintang The Reds, Luis Suarez menghubunginya sebelum ini.

Dia memberi beberapa nasihat berguna kepada Nunez selepas permulaan sukar dalam kariernya di Anfield.

Nunez menyertai Liverpool dari Benfica pada musim panas, tetapi dia mengambil sedikit masa untuk menunjukkan prestasi terbaiknya di Premier League.

Nunez dibuang padang dalam penampilan kedua di liga untuk Liverpool, sebelum mencatatkan lima penampilan dengan kemarau jaringan.

Namun, tanda-tanda peningkatan sebenar daripada pemain Uruguay itu hadir yang kini menyumbat empat gol dalam lima perlawanan terakhirnya untuk pasukan Jurgen Klopp.

Nunez turut mendedahkan rakan senegaranya, Suarez memainkan peranan yang penting.

Bercakap kepada ESPN , Nunez mengakui bahawa beka pemain LFC itu menghubunginya untuk menasihati cara menangani tekanan bermain di EPL.

“Ia adalah satu perkara yang baik kerana tidak ramai yang bersusah payah untuk menelefon dan menghantar mesej kepada anda. Saya rasa nasihatnya sangat penting bagi saya.

“Luis adalah tempat rujukan, idola setiap orang di dunia. Saya baru bermula, saya masih muda, dan dia tahu tentang semua perkara itu kerana dia sudah bermain di EPL bersama Liverpool.

“Luis memberitahu saya bahawa perkara-perkara ini akan berlaku dalam setiap perlawanan EPL.

“Mereka akan datang dan mencari saya, mereka akan terserempak dengan saya, dan saya perlu menguatkan diri serta tidak mengulangi kesilapan saya.

Peminat Liverpool akan gembira kerana bekas pemain mereka kini berusaha keras untuk membantu pemain baru-baru ini, dan ia nampaknya telah membawa kebaikan kepada penyerang berusia 23 tahun itu.

Share Post:

Related Posts