
Neymar adalah pemain Brazil ketiga yang menjaringkan gol dalam tiga kejohanan Piala Dunia yang berasingan.
Hanya Pele dan Ronaldo sahaja yang mampu menandingi rekod baik itu di pentas terbesar.
Jaringan penaltinya menentang Korea Selatan dalam kemenangan 4-1 telah memastikan namanya terpahat dalam buku sejarah.
Antara dua bekas penyerang, mereka menjulang kelima-lima Piala Dunia Brazil iaitu tiga untuk Pele dan dua untuk Ronaldo.
Bintang Paris Saint-Germain yang mengukir rekod mungkin menjadi petanda positif untuk skuad Samba memenangi kejohanan tahun ini.
Mereka juga kini menjadi pilihan dan kelihatan sentiasa mengancam di atas padang.
Brazil mempunyai gabungan kedua-dua pemain muda dan pengalaman di seluruh skuad termasuklah Dani Alves dan Thiago Silva, sementara pemain muda seperti Vinicius Jr dan Gabriel Martinelli.
Mereka mempunyai kualiti yang sangat tinggi sehingga mampu menggunakan barisan permulaan kedua yang sama kuatnya dengan pasukan pilihan pertama.
Selecao bakal bertemu Croatia pada 9 Disember dalam perlawanan suku akhir.