by klasikko in
Legend

Salah seorang pemain yang paling menakutkan di atas padang, Nemanja Vidic berjaya mengatasi mana-mana pemain lawan yang pernah bertemu dengannya.

Bek tengah Serbia yang garang itu melakukan 300 penampilan di semua pertandingan sepanjang tempohnya bersama Red Devils.

Beliau sering terlibat dengan pertempuran fizikal yang berakhir dengan pertumpahan darah dan kecederaan berat serta jarang untuk mengaku kalah.

Walaupun beliau cukup gemar dengan asakkan keras, Vidic bukanlah peminat kepada simulasi atau tipu helah yang boleh menarik perhatian pengadil.

Hal ini dapat kita lihat apabila beliau ditendang dengan gaya kung-fu di perut oleh Micah Richards semasa perlawanan derby Manchester pada Ogos 2007.

Layangan kaki yang agak tinggi dari pertahanan Man City berekenaan semasa perebutan bola di udara, entah bagaimana Vidic adalah pemain pertama yang bangkit daripada insiden itu.

Memandangkan perlanggaran itu seolah tiada apa-apa, Vidic lekas bangun dari terbaring di atas padang sambil melemparkan senyumah di wajahnya.

Secara ironinya, Richards didakwa bersalah pula yang terbaring kesakitan dan memerlukan rawatan daripada pasukan perubatan City sebelum perlawanan bersambung seperti biasa.

Rakaman kepahlawanan Vidic itu telah ditonton lebih daripada 3 juta kali di YouTube, dengan peminat di bahagian komen berpendapat bahawa Richards memilih lelaki yang salah untuk diajak berselisih.

Itulah kesannya jika kamu menendang batu bata!

Apabila Vidic meninggalkan rumahnya, dia memberitahu ayahnya ‘Kamu adalah ketua keluarga sekarang’.

Apabila kamu menendang Vidic, kamu yang mengerang kesakitan.

Antara komen lucu yang menjadi perhatian di Youtube
Share Post:

Related Posts