by klasikko in
Premier League

Fulham berharap dapat menyambar peluang untuk mendapatkan duo Liverpool, Neco Williams dan Takumi Minamino.

Kedua-dua kelab berada dalam terma baik selepas bersetuju dengan perjanjian untuk menghantar Harvey Elliott dan Fabio Carvalho dari London barat ke Merseyside dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

The Cottagers berharap hubungan baik dengan The Reds akan membantu mereka dalam usaha mendapatkan bantuan.

Pemain kebangsaan Wales, Williams cukup mengagumkan semasa tempoh pinjamannya di Fulham untuk separuh kedua musim 2021/22 dengan membantu mereka merangkul kejuaraan liga Championship.

Bagaimanapun, mereka menghadapi persaingan daripada beberapa pasukan Premier League lain untuk menandatanganinya.

Kelab yang dinaikkan pangkat ke EPL iaitu Nottingham Forest, Crystal Palace dan Brentford semuanya berminat dengan Williams.

Liverpool terbuka untuk menjual Williams pada harga sekitar £15 juta kerana mereka bersedia untuk membuat perjanjian untuk menandatangani bintang muda Aberdeen, Calvin Ramsay.

Seperti Williams, Minamino juga mempunyai ramai peminat di England.

Southampton juga turut berminat untuk membawa semula pemain Jepun itu yang telah menghabiskan masa secara pinjaman musim lalu.

Selain itu, Brighton, Leeds dan Wolves berminat dengan pemain sayap tersebut termasuklah kelab di sekitar Eropah yang lain.

Share Post:

Related Posts