by Azhan Mohi in
Premier League

Paul Pogba telah menolak kenyataan dia tidak suka kepada Ole Gunnar Solskjaer berikutan kekalahan kepada Liverpool dan mendakwa ia sebagai ‘pembohongan besar’.

United masih terkesima selepas kekalahan teruk 5-0 pada Ahad di laman sendiri kepada musuh ketat, Liverpool dengan kedudukan Solskjaer di kelab itu di dalam ancaman serius.

Pogba diketepikan dalam kesebelasan utama petang itu, dimasukkan dari bangku simpanan pada separuh masa dengan pasukannya sudah ketinggalan 4-0. Hanya 15 minit memasuki babak kedua, pemain antarabangsa Perancis itu dibuang padang selepas menerjah Naby Keita.

The Sun telah mendakwa Pogba meminta maaf kepada rakan sepasukannya atas kesilapannya – tetapi tidak bercakap dengan Solskjaer di bilik persalinan.

Laporan itu juga menambah pemain berusia 28 tahun itu telah menangguhkan rundingan kontrak baharu sekali lagi, dengan perjanjian semasanya akan tamat pada musim panas.

Pogba kini mengecam laporan itu di media sosial, menyiarkan tangkapan skrin artikel itu di Twitter dengan kapsyen ‘pembohongan besar untuk menjadi tajuk utama’.

Dalam respons yang lebih terperinci di Instagram, Pogba melancarkan serangan terhadap artikel itu, menegaskan satu-satunya sebab dia membalasnya adalah kerana menghormati ‘jurulatih, kelab dan peminatnya’.

“Akhbar tabloid sekali lagi mahu mencipta polemik dengan 100 peratus berita palsu,’ tulis Pogba.

“Pembohongan besar untuk dijadikan tajuk utama. Wartawan yang menggunakan nama saya untuk dilihat apabila tiada apa-apa untuk dilihat.

“Satu-satunya sebab saya berkata tentang ini kerana adalah sebagai penghormatan kepada jurulatih, kelab dan peminat saya untuk menghantar mesej yang jelas: semakin kurang anda membaca perkara sebegini, semakin baik anda, mereka tidak malu dan akan mengatakan apa sahaja tanpa asas sama sekali.”

Share Post:

Related Posts