by admin in
Premier League

Bos West Ham United ketika ini, David Moyes berkata bahawa Gareth Bale adalah pemain pertama yang diidamnya ketika mengambil alih tugas Sir Alex Ferguson di Manchester United.

Sebaliknya, Bale menyertai Real Madrid dari Tottenham Hotspur dan bekas pengurus United itu mengakui yang bintang Wales itu memilih keputusan yang tepat untuk terbang ke Sepanyol.

UEFA Champions League on Twitter: "Gareth Bale since joining Real Madrid in  2013: 👕 Games 189 ⚽ Goals 88 🏆 Trophies 13 #UCL… "
Bale memenangi trofi UCL sebanyak 4 kali bersama Los Blancos

Bale yang baru sahaja meninggalkan Bernabeu untuk kembali semula ke Spurs secara pinjaman dikatakan akan turun membuat penampilan pertamanya sejak 2013 untuk berdepan skuad Moyes, West Ham pada Ahad ini.

Gareth Bale adalah satu nama yang kerap saya dengar sewaktu saya menerima tawaran bekerja di sana.

Saya sangkakan beliau adalah seorang pemain Manchester United. Beliau adalah seorang pemain yang sesuai buat kami.

United mempunyai sejarah yang hebat dengan memiliki penyerang yang begitu ikonik seperti George Best dan Ryan Giggs.

Komen David Moyes Mengenai Gareth Bale
Latest Tottenham training pictures as Gareth Bale and Carlos Vinicius  prepare for possible West Ham debuts | London Evening Standard
Bale sudah turun padang berlatih bersama seluruh kumpulan pemain Spurs

Saya mahukan Gareth Bale sebagai pemain pertama yang saya tandatangani di Old Trafford. Namun, jalan kami dihimpit oleh Real Madrid. Saya cuba untuk merampasnya.

Saya cuba untuk mendapatkannya. Kami melaburkan wang yang lebih banyak dari Madrid. Mereka pun menawarkan wang lebih banyak dari kami.

Kami telah sedaya upaya menyerahkan segalanya. Kami juga menyediakan pengangkutan sebuah helikopter di padang latihan untuk menjemputnya.

Kami rasa kami mempunyai peluang. Namun, beliau menentukan Madrid adalah destinasinya.

Secara jujurnya, ia adalah satu keputusan yang tepat kerana beliau meraih 4 gelaran UEFA Champions League. Kariernya di sana cukup gemilang.

Pengakuan Moyes Terhadap Bale Semasa Di Man Utd
Valioliigafaneille herkullinen viikko | Valioliiga | Faneille.com
Satu-satunya pemain yang mendarat di padang latihan Carrington menggunakan helikopter adalah Juan Mata pada 2014

PAPAN IKLAN

Tonton pelbagai siaran TV tempatan, luar negara, sukan dan banyak lagi dengan menggunakan internet dengan harga yang paling murah dan mudah melalui peranti Android dan iOS. Jika berminat, sila layari:

–> https://fgsstore.weebly.com/xflix.html <–

Picture
Share Post:

Related Posts

No Comments

Leave a Reply