by klasikko in
Premier League

Mohamed Salah dilaporkan menjelaskan kepada Liverpool bahawa dia bersedia berpindah secara mengejut kepada salah sebuah pesaing utama Premier League jika tidak memenuhi tuntutan gajinya.

Pemain kebangsaan Mesir itu baru sahaja menjawab masa depannya bersama The Reds dengan kontrak baru sekaligus menerima gaji tertinggi kelab itu dengan gaji hampir £400,000 seminggu.

Namun, Liverpool tidak mempunyai pilihan lain kerana kononnya Salah mengugut bahawa dia boleh bakal meninggalkan Anfield untuk sertai Chelsea secara percuma dalam masa setahun.

Beberapa laporan menyatakan Salah cukup serius untuk kembali ke Stamford Bridge dan mendorong Liverpool membayar lebih untuk mengelakkan senario mimpi ngeri itu berlaku.

Sebelum ini Salah menghabiskan tempoh singkat di Chelsea ketika berusia 22 tahun.

Tetapi dia tidak mendapat minit permainan secukupnya untuk The Blues sebelum menghidupkan semula kariernya di Serie A.

Kemudiannya Salah berpindah ke Liverpool pada 2017 dan selebihnya adalah sejarah.

Peminat LFC berasa lega kerana kelab mereka dapat menghalang pemain bintang mereka pergi ke pasukan EPL yang lain.

Share Post:

Related Posts