
Mohamed Salah menjadi pemain pertama dalam sejarah Premier League yang menjaringkan gol pada hari pembukaan musim dalam lima musim berturut-turut, dengan golnya untuk Liverpool ketika menentang Norwich pada Sabtu malam.
Pemain berusia 29 tahun itu meneruskan rekod menjaringkann gol untuk The Reds ketika dia menyumbang gol ketiga dalam kemenangan 3-0 ke atas Canaries di Carrow Road.
Pemain kebangsaan Mesir itu menjalani latihan pra-musim dengan penuh fokus dengan dia terus mengekalkan prestasi yang sangat mengagumkan pada hari pembukaan musim Liga.
Dia kini telah menjaringkan gol dalam perlawanan pertama liga setiap musim dalam lima musim sejak dia menyertai Liverpool dari Roma pada tahun 2017, melepasi rekod yang sebelumnya dipegang oleh Teddy Sheringham.
Bekas pemain Tottenham dan Manchester United itu menjaringkan gol dalam empat musim berturut-turut pada musim 1992-95, dengan yang pertama datang untuk Nottingham Forest diikuti oleh tiga untuk Spurs.
Gol Mo Salah pada perlawanan pembukaan :
12 Ogos 2017: Watford 3-3 Liverpool
12 Ogos 2018: Liverpol 4-0 West Ham
09 Ogos 2019: Liverpool 4-1 Norwich City
12 Sep 2020: Liverpool 4-3 Leeds United
14 Ogos 2021: Norwich City 0-3 Liverpool
Salah menyamai rekod Sheringham tahun lalu dalam kemenangan 4-3 yang dramatik ke atas Leeds dan kini mengatasinya ketika bertemu Norwich. Salah juga mencatatkan assist untuk gol Diogo Jota dan Roberto Firmino.

Gol Salah ketika bertemu Norwich adalah jaringan ke-98 dalam Premier League, 96 daripadanya dijaringkan untuk Liverpool, dengan dua jaringan lagi dijaringkan ketika di Chelsea.
Penyerang itu telah menjaringkan 96 gol untuk The Reds hanya dalam 145 perlawanan Premier League ketika dia dilihat akan memberikan cabaran untuk Golden Boot sekali lagi.
Liverpool kembali ke Anfield pada hari Sabtu apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Burnley sebelum perlawanan besar menentang Chelsea di gelanggang sama, Sabtu berikutnya.