by klasikko in
Premier League

Bintang Liverpool, Mohamed Salah menjangkakan beliau akan berada di kelab itu musim depan, walaupun terdapat spekulasi mengenai masa depannya.

Pemain kebangsaan Mesir itu semakin menghampiri tahun terakhir kontraknya.

Kini, Salah masih mendiamkan diri mengenai kemungkinan untuk menandatangani perjanjian baharu.

Bagaimanapun, Paul Joyce telah menulis satu tweet bahawa Salah berkata beliau ‘pasti’ akan kekal di Merseyside.

Salah pasti sedang memikirkan baki kontraknya di Anfield, tetapi lanjutan kontrak perjanjian juga mungkin ada dalam perancangannya.

“Di dalam fikiran saya, saya tidak mahu fokus pada kontrak pada masa ini.

“Saya langsung tidak mahu mementingkan diri sendiri,” ujar Salah.

“Kira-kira dua bulan lalu, saya lebih mementingkan pasukan dan minggu ini adalah penting untuk kami.

“Saya boleh katakan bahawa saya hanya memberi tumpuan kepada pasukan, saya mahu memenangi Liga Juara-Juara sekali lagi.

“Saya mahu melihat Hendo (Jordan Henderson) menjulang trofi itu sekali lagi di tangannya dan berharap agar dia serahkannya kepada saya!

“Fokus saya hanya pada pasukan, saya tidak mahu bercakap mengenai kontrak sekarang.

“Kami mempunyai masa yang lama, saya pasti akan kekal musim depan.

“Jelas bahawa saya akan kekal musim depan dan kemudian kita akan lihat selepas itu.”

Salah telah menjadi pemain bertaraf dunia sejak menyertai Liverpool dari Roma pada 2017.

Beliau telah merangkul gelaran Premier League, Liga Juara-Juara dan pencapaian utama lain di Merseyside.

The Kop pasti teruja kerana bintang mereka tidak akan berpindah pada musim panas ini.

Kini semua tumpuan boleh diberikan kepadanya untuk menamatkan musim ini dengan cemerlang sambil berharap agar persembahan hebat menentang Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara hujung minggu ini.

Share Post:

Related Posts